|
Disini, kami berikan anda panduan
mudah bagaimana untuk anda set up laman web anda nanti.
Gambarajah 1: Login ke Control Panel
Gambarajah 2: Menu Utama
Gambarajah 3: Kemas Kini laman web
Gambarajah 4: Editor Laman Web
Pakej A sahaja (Pemasaran On-Line)
Gambarajah 5: Cara Memasukkan Produk
Gambarajah 6: Cara memasukkan gambar produk
Gambarajah 11: Memadam Produk
Gambarajah 12: Senarai Tempahan Produk anda
Pakej B: Untuk Pakej B,
rujuk Gambarajah 1, 2, 3 dan 4
Pakej C sahaja (Banner Link)
Gambarajah 14: Banner Link
Gambarajah 16: Memasukkan Banner Link
Pakej D sahaja (Website Sedia Ada)
Gambarajah 18: Website Sedia Ada
Selepas anda mendaftar, atau jika
telah mendaftar, anda perlu loginke laman control panel dengan
memasukkan Login Id anda dan katalaluan anda
Gambarajah 1: Login
ke Control Panel

Gambarajah 2:
Menu Utama

Kemudian, untuk mengemaskini atau
set up laman web anda, anda perlu klik pada menu "Kemas Kini Website"
kemudian, laman web seperti dibawah
akan terpapar.
Gambarajah 3: Kemas Kini
laman web


Nama Web: Anda perlu masukkan
nama laman web anda. Masukkan apa-apa saja berkaiyan dengan laman web
anda
Tajuk Web/ Slogan: Masukkan
kata-kata, tajuk atau slogan untuk laman web anda
URL Gambar 1-3: Disini, anda
boleh memasukkan gambar ke laman web anda. Anda boleh rujuk bagaimana
untuk anda mendapatkan URL gambar dan memasukkan gambar di
laman control panel
Intro: Masukkan kata-kata
aluan, pengenalan laman web anda dan sebagainya
Kandungan 1: Ini adalah
kandungan untuk laman web anda. Klik pada link "Edit"
untuk memasukkan kandungan laman web anda. Gambarajah 4 akan terpapar
untuk anda memasukan kandungan
Cara Pembayaran (Pakej
A sahaja): Ini anda masukkan penerangan bagaimana untuk
pelanggan anda membuat pembayaran. Maklumat yang penting untuk
anda masukkan ialah, cara pembayaran(Bank in/ Wang Pos), cara
pengesahan pembayaran (sms/ telefon/ pos), kaedah penghantaran dan
sebagainya.
Template: Anda boleh memilih
beberapa template laman web untuk rekabentuk laman web anda mengikut
kesukaan anda. Rekabentuk laman web anda akan ditukar serta
merta. Klik disini untuk lihat
rekabentuk yang boleh anda pilih.
Gambarajah 4: Editor
Laman Web

Apabila anda klik pada link "Edit",
laman web seperti diatas akan terpapar untuk anda memasukan kandungan
laman web anda. Ianya amat mudah seperti perisian Words. Terangkan
mengenai perniagaan anda, kelebihan, pujukan, testimoni, produk dan
sebagainya.
Anda juga boleh memasukkan
gambar. Sila rujuk di laman cotrol panel bagaimana untuk anda
memasukkan gambar ke dalam laman web anda. Jangan lupa selepas anda
siap memasukkan kandungan laman web anda, klik butang "Update"
Gambarajah 5: Cara
Memasukkan Produk

Jika
anda memilih Pakej A (Pemasaran On-line), anda boleh memasukkan
produk(Maksima 10 Produk). Pada menu utama, klik pada "Produk Anda"
dan klik pada "Tambah Produk" paparan seperti gambarajah 5 akan
terpapar. Jika anda mempunyai gambar untuk produk anda, klik pada
link "Upload Gambar" untuk anda memasukkan gambar dan gambarajah 6
akan terpapar.
Gambarajah 6: Cara
memasukkan gambar produk

Untuk memilih gambar, klik butang
"Browse", dan gambarajah 7 akan terpapar.
Gambarajah 7:

Pilih lokasi gambar anda dan klik
pada fail gambar seterusnya, klik butang "Open"
Gambarajah 8:

Kemudian, klik pada butang "Hantar
Gambar". Anda akan dibawa seperti gambarajah 9.
Gambarajah 9:

Anda akan ditunjukkan gambar yang
anda pilih. Klik butang "Teruskan" untuk langkan seterusnya.
Gambarajah 10 akan terpapar.
Gambarajah 10:

Kemudian, anda masukkan nama produk,
harga produk dan keterangan mengenai produk. Kemudian, klik pada
butang "Tambah". Ulangi langkah yang sama untuk menambah produk.
Gambarajah 11:
Memadam Produk
Anda boleh meng edit dan memadam
produk. Pada senarai produk anda, klik pada link "Edit"
jika mahu edit atau klik "Padam". Jika
anda klik "Padam" paparan dibawah akan terpapr untuk mengesahkan
samaada anda betul-betul mahu padam. Klik link "Yakin
Padam?? YA" jika betul anda mahu padam.

Gambarajah 12:
Senarai Tempahan Produk

Pada Menu Utama, klik pada menu "Senarai
Tempahan Produk Anda" dan paparan diatas akan muncul.
Anda boleh menyemak samaada tempahan tersebut telah di proses dan
dihantar atau belum. Klik pada "ID Tempahan untuk melihat maklumat
lengkap tempahan
Gambarajah 13: Maklumat Tempahan

Disini anda akan lihat detail
tempahan seperti nama, email, no telefon, alamat, produk tempahan dan
sebagainya. Apabila pelanggan ini telah membuat pembayaran, anda
perlu klik pada link "Klik jika telah dihantar"
untuk memudahkan anda menyemak pada masa akan datang.
Gambarajah 14:
Banner Link(Pakej C sahaja)

Jika anda memilih pakej C(Banner
Promo), anda boleh memasukkan banner-banner program yang anda sertai.
Anda boleh memasukkan sehingga 20 banner. Untuk memasukkan banner,
pada menu utama, klik pada menu "Banner Anda" dan halaman seperti
diatas akan terpapar. Klik pada "Tambah Banner Promo" dan gambarajah
15 akan terpapar.
Gambarajah 16:
Memasukkan Banner Link

Masukkan nama link atau nama
program, masukkan alamat refferal, alamat url banner, keterangan
serta posisi banner anda danklik butang "Semak...."
Gambarajah 17:

Jika betul, klik butang "Rekodkan"
Gambarajah 18:
Website Sedia Ada (Pakej D sahaja)

Jika anda memilih Pakej D(Khas untuk
mereka yang telah ada laman web sendiri), anda perlu masukkan alamat
laman web anda. Pada menu utama, klik pada menu "Kemas Kini Website"
dan gambarajah seperti diatas akan terpapar. Contohnya jika laman web
anda ialah www.yahoo.com, masukkan
alamat laman web anda di ruang "Alamat laman web anda". Jadi, apabila
pelawat melayari laman web
www.arenabiz.net/?IdAnda, akan terpapar laman web yahoo.com
|