Nama Login

  

   Katalaluan
  

Daftar  l  Lupa Katalaluan

  >> Laman Utama
  >> Pakej Arenabiz
  >> DAFTAR SEKARANG
  >> Tutorial Mudah
  >> Web Template
  >> Kami
  >> Plan Pemasaran
  >> Cara Pembayaran
  >> FAQ
  >> Syarat Dan Terma
 Baru....
   Direktori Produk Ahli
  Produk Baru...!!!
   Ruang Pengiklanan
 
 
Kami menerima:
 
 
 
 

 

 
 

SYARAT DAN TERMA

Sebelum mendaftar, sila baca syarat dan terma yang telah digariskan. Anda dianggap telah bersetuju dengan syarat dan terma sekiranya anda mendaftar bersama kami.

1 Kami sebagai sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pakej Laman Web dan anda sebagai pelanggan kami secara automatik, anda dilantik menjadi agen kami dengan mempromosikan pakej kami melalui website yang diberi percuma.
   
2 Kami berhak untuk mengubah, memindah, menambah, menghentikan sebarang perkhidmatan dan kemudahan didalam website ini tanpa sebarang notis jika ia untuk kebaikan bersama.
   
3 Anda hendaklah mendaftar menggunakan maklumat anda yang sebenar. Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu seperti email dan nama  akan di sekat.
   
4 Arenabiz hanya menawarkan perkhidmatan langganan laman web untuk produk-produk yang dibenarkan oleh undang-undang, halal, serta tidak memudaratkan. Pengiklanan produk-produk dan gambar berunsur salah disisi undang-undang, isu perkauman, agama, ancaman keselamatan, lucah, produk tidak halal, meragukan, berbahaya dan sebagainya akan disekat serta merta.

Anda hendaklah bertanggungjawab terhadap produk anda, anda perlu menghantar produk anda seberapa segera, memberi jaminan, dan perlu bertanggungjawab sekiranya terdapat ketidakpuas hatian pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan anda. Sebarang aduan pelanggan yang diterima oleh kami boleh menyebabkan status Ahli Disahkan (Verified Member) dibatalkan serta merta atau keahlian anda dihentikan serta merta.

   
5 Komisyen hanya layak diterima oleh pelanggan yang membuat pembayaran langganan laman web. Tiada had umur dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Selain warganegara Malaysia hendaklah yang berdaftar dan boleh dihubungi untuk pembayaran komisyen.
   
6 Maklumat peribadi anda adalah rahsia dan kami tidak akan sama-sekali memberikan atau menyalurkan maklumat anda kepada pihak ketiga kecuali atas sebab undang-undang. Anda juga bersetuju menerima apa jua berita, pengumuman dan sebagainya yang dihantar melalui email, telefon atau pos
   
7 Anda berhak untuk mengiklankan, mempromosikan website anda untuk membolehkan anda menerima komisyen. Penghantaran email SPAM adalah dilarang sama sekali. Kami tidak bertanggungjawab keatas tindakan yang dikenakan disebabkan email spam yang anda hantar.
   
8 Anda hendaklah mempromosikan website anda sebagai satu perkhidmatan pakej laman web. Anda dilarang mempromosikan website anda sebagai satu peluang pendapatan semata-mata
   
9 Kami tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini dan semua ahli program affiliate ini.
   
10 Anda juga bersetuju untuk menerima apa-apa makluman, berita terkini, dan sebagainya berkenaan dengan arenabiz.net dari kami samaada melalui email, telefon, sms dan pos. Jadi, anda tidak boleh menganggap penerimaan bahan maklumat dari kami kepada anda sebagai SPAM.
   
11 Sebarang kenyataan yang bertujuan mengecam dan memburukkan nama perniagaan ini secara umum tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kami adalah dilarang. Keahlian anda akan disekat sekiranya anda bertindak demikian. Sebarang masalah mestilah dirujuk kepada kami terlebih dahulu melalui email rasmi kami, admin [@] arenabiz.net. Jangan lupa untuk menyertakan nama log in dan nama anda setiap kali menghantar email kepada kami.
   
12 Anda juga berhak untuk menuntut bayaran komisyen apabila melepasi had minima yang telah ditetapkan.
   
13 Kami tidak bertanggungjawab keatas kerugian, masalah atau apa sahaja disebabkan oleh program ini. Sebarang tuntutan tidak dilayan
   
14 Kami berhak untuk menahan atau menyekat keahlian anda sekiranya anda melanggar terma dan syarat diatas tanpa sebarang notis.
   

Syarat dan terma dikemaskini pada: 03-10-2008 09:50 +0800

 

 


 


           

 

© Copyright 2006-2010 arenabiz.net. All rights reserved.  Powered By  : intrena.com